KERATAN HARIAN METRO
KERATAN HARIAN METRO PADA 28 HB FEBRUARI 2010
Makanan untuk otak
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
AMBILLAH dua tiga botol untuk anak. Pil ini bagus untuk otak, dibuat
daripada bahan semula jadi, elok untuk anak yang akan menduduki
peperiksaan,” pujuk gadis jualan langsung berulang kali kepada
beberapa jiran yang kebetulan berkumpul di depan rumah menunggu anak
mereka bermain.
Benarkah ada pil makanan tambahan yang benar-benar memberi kesan
positif secara langsung kepada otak? Atau adakah ia hanya strategi
pemasaran untuk menarik orang membeli? Tidakkah makanan yang kita
ambil setiap hari tidak mencukupi atau tidak mampu merangsang
keupayaan otak?
Sebenarnya kita tidak perlu bergantung kepada pil makanan tambahan
kerana makanan seimbang (mengandungi tiga hingga lima hidangan
sayur-sayuran dan buah-buahan) sudah cukup untuk membekalkan semua
khasiat diperlukan badan, termasuk otak untuk berfungsi dengan baik,
kata Ketua Perunding Pemakanan Hospital Assunta, Lau Wai Hon.
Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak
antioksidan, iaitu bahan penting yang sangat penting untuk merangsang
aktiviti neuron dalam otak.
Neuron atau sel saraf adalah sel yang teruja oleh ‘arus elektrik’
dalam otak; bertanggungjawab memproses dan memindahkan maklumat
melalui isyarat elektro kimia.
Isyarat dan maklumat ini dipindahkan dari satu neuron (sel saraf) ke
neuron lain melalui ruang kecil antara sel yang dipanggil sinaps.
Neuron boleh diumpamakan seperti cabang pokok yang mempunyai banyak
ranting halus (dendrit) dan ranting ini bertugas menerima isyarat.
Isyarat akan dipindahkan dengan bantuan pergerakan ion natrium dan
potasium untuk sampai ke ranting lain (pada neuron atau sel saraf
lain).
Pergerakan ion ini akan membentuk gelombang elektrik yang membolehkan
isyarat melalui sinaps untuk disampaikan ke neuron sebelahnya.
Ini sebabnya kita perlu mengambil makanan seimbang dengan melebihkan
sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia bukan saja mengandungi vitamin
yang bertindak sebagai antioksidan, tetapi turut membekalkan pelbagai
garam galian (mineral), termasuk natrium dan potasium bagi membolehkan
sel otak berfungsi secara optimum.
“Pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan seluruh badan
menerima semua khasiat diperlukan, bukan hanya pada otak. Namun memang
diakui makanan, terutama yang kaya dengan bahan antioksidan, boleh
merangsang aktiviti neuron di samping memberi sumbangan kepada sel
lain dalam badan.
“Cara paling praktikal ialah mengamalkan pemakanan seimbang.
Bagaimanapun, dengan gaya hidup moden yang sibuk dan kerap makan di
luar (atau bergantung kepada masakan di restoran), ramai tidak dapat
menerapkan konsep pemakanan seimbang dalam hidup mereka. Jika perkara
ini berlarutan, akan timbul masalah kekurangan zat walaupun berlebihan
makan.
“Kaedah paling mudah ialah memastikan anda mengambil lebih banyak
sayur dan buah; sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari.
“Pelbagaikan pilihan anda dengan memasukkan sayur-sayuran yang
berwarna warni dalam pemakanan harian. Ini kerana sayur-sayuran
berwarna warni mengandungi banyak bahan antioksidan.
“Kita beruntung negara kita kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan
yang boleh dibeli dengan harga murah. Antara buah dan sayur yang
terbukti baik untuk otak ialah delima, buah naga merah atau putih dan
peria,” katanya.
Antara pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan:
l Ungu — beri, terung, kubis merah, akar bit
l Hijau (berdaun) — sayur berdaun hijau, ulam, sawi, kangkung
l Putih (bawang) — semua jenis bawang
l Hijau (cruciferous) — kubis, brokoli, brussels sprout, pak choy
l Merah/jingga/kuning — tomato, lobak merah, keledek, labu, lada
benggala merah/kuning, buah-buahan
Walaupun kebanyakan kajian mengenai makanan yang baik untuk otak
merujuk kepada buah-buahan atau sayur-sayuran di luar negara, ia tidak
bermakna sayur dan buah tempatan kurang berkhasiat.
Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak kajian berkaitan
penyembuhan penyakit ke atas sayur dan buah tempatan supaya ia boleh
dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk negara ini.
“Lebihkan pengambilan makanan penuh iaitu makanan yang tidak diproses
atau ditapis, atau mengalami pemprosesan atau penapisan minimum.
Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan beras perang. Kurangkan
makanan yang diproses seperti makanan berasaskan tepung, gula, beras
putih, sosej, daging burger dan naget.
“Kurangkan juga penggunaan perisa makanan segera yang semakin banyak
di pasaran. Ini termasuk perencah masakan segera, kiub ayam atau ikan
bilis, monosodium glutamat (MSG) dan beraneka jenis sos kerana ia
mengandungi banyak garam dan bahan awet. Sebaliknya, gantikan perencah
ini dengan rempah semula jadi seperti serbuk lada hitam, cengkih, kayu
manis, bunga lawang, jintan, daun sup, daun bawang, kunyit, halia,
lengkuas atau serai yang boleh menaikkan rasa masakan,” katanya.
Pil makanan tambahan
Menurut Lau, jika sukar mengamalkan pemakanan seimbang, kekurangan zat
boleh ditampung dengan mengambil pil makanan tambahan.
Untuk otak, pilih pil makanan tambahan mengandungi kumpulan vitamin B
yang boleh membantu mengurangkan tekanan. Dalam keadaan kekurangan
zat, pil makanan tambahan tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap,
sebaliknya menjadi menjadi rawatan untuk mengelak pelbagai masalah
kesihatan jika kekurangan zat berterusan.
Bagaimanapun, pil makanan tambahan tidak perlu jika kita bersedia
melakukan perubahan pemakanan ke arah lebih baik. Memang diakui,
mengambil pil makanan tambahan lebih mudah berbanding mengamalkan
pemakanan seimbang, tetapi Lau mengingatkan kita supaya lebih
berhati-hati sebelum membeli produk yang mendakwa menawarkan pelbagai
manfaat kesihatan.
“Kebanyakan dakwaan itu adalah strategi pemasaran. Kita perlu lihat
siapa pengeluarnya, adakah ia dikeluarkan pengusaha yang mempunyai
prestasi cemerlang dalam penghasilan pil makanan tambahan. Pada masa
sama, pastikan kuantiti atau dos vitamin yang dibekalkan dalam setiap
biji pil supaya tidak alami masalah berlebihan dos.
“Bagi vitamin larut air, ia boleh dikeluarkan dari badan melalui air
kencing tetapi bagi vitamin yang larut lemak, ia akan berkumpul dalam
badan dan sukar disingkir.
“Ini penting, terutama bagi individu yang sememangnya ada masalah
kesihatan. Justeru, sebelum mengambil makanan tambahan, termasuk
persediaan tradisional seperti herba, rujuk dulu kepada doktor,”
katanya.
Makanan yang baik saja tidak cukup untuk meningkatkan keupayaan otak
(daya ingatan, tumpuan dan kepekaan) kerana minda kita perlukan
rangsangan dalam bentuk mental dan fizikal. Keadaan ini sama bagi
semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
“Jangan cepat terpengaruh dengan dakwaan pengeluar produk yang
mengatakan barangan mereka diperkaya asid eikosapentanoik (EPA) dan
asid dokoheksanoik (DHA) khususnya untuk kanak-kanak.
“Memang kajian membuktikan dua asid ini boleh membantu merangsang
aktiviti neuron, tetapi ia tidak menjanjikan seseorang kanak-kanak
yang mengambil produk mengandungi bahan ini akan jadi pandai.
“Mereka masih perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberi
perhatian dalam kelas, mengulang kaji dan membuat latihan di rumah
untuk berjaya dalam peperiksaan.
“Ini antara teknik untuk merangsang aktiviti sel otak supaya ia
menjadi lebih aktif. Makanan saja tidak akan membuatkan seseorang
menjadi pandai.
“Keadaan ini juga sama pada pesakit strok. Apabila seseorang diserang
strok (serangan otak akibat salur darah ke otak tersumbat atau pecah),
ada bahagian dalam otak yang rosak dan mengakibatkan pesakit hilang
satu-satu kemahiran.
“Antara pendekatan yang digunakan dalam rawatan strok ialah merangsang
otak mereka dengan menggalakkan pesakit melakukan pelbagai aktiviti
dan biasanya ia membabitkan rutin harian.
“Apabila mereka melakukan satu-satu perkara berulang kali, ia akan
merangsang sel otak untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.
Malah banyak kajian menyarankan kita selalu merangsang otak dengan
aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata, menyelesaikan
masalah matematik mudah, bermain Sahibba, membuat kerja kreatif atau
banyak membaca.
Apa perlu dilakukan untuk mengekal dan meningkatkan kemampuan minda?
Lau berkata, perkara paling asas ialah mengamalkan gaya hidup sihat,
mengambil pemakanan seimbang, jangan terlebih makan atau makan pada
lewat malam.
Sajian terakhir mestilah sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur
untuk memberi cukup masa kepada sistem pencernaan memproses makanan.
Jika makan sejurus sebelum tidur, sistem pencernaan masih bekerja
ketika tidur dan ini akan membuatkan badan tidak cukup rehat.
“Kurangkan kopi walaupun ada kajian yang mengatakan biji kopi
mengandungi antioksida yang boleh merangsang minda. Bagaimanapun,
lebih baik jika tidak minum kerana biasanya orang minum kopi secara
berlebihan, bukan sekadar secawan sehari.
Bahan sampingan dalam kopi seperti gula, jika diambil berlebihan, akan
mendatangkan kemudaratan.
“Apabila memasak, pilih kaedah sihat seperti kukus, rebus atau bakar.
Elak sayur-sayuran dimasak terlalu lama kerana bahan antioksidan
seperti vitamin mudah musnah oleh suhu tinggi,” katanya.
Pada masa sama Lau juga menyarankan kita bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Senaman adalah cara paling mudah dan murah untuk
melancarkan aliran darah, sekali gus boleh memperbaiki daya tumpuan,
kepekaan dan ingatan.
Makan ikut waktu dan mesti bersarapan. Sarapan adalah sumber tenaga
pertama selepas badan berpuasa selama enam hingga lapan jam ketika
kita tidur.
Sarapan membekalkan tenaga penting yang membantu otak untuk lebih
aktif. Malah, ada kajian menunjukkan individu yang bersarapan kurang
terdorong memilih makanan banyak lemak ketika sajian selanjutnya
(tengah hari dan malam) yang secara tidak langsung dapat mengurangkan
masalah berat badan berlebihan.
Antara saranan diberi pakar pemakanan meningkatkan fungsi otak ialah:
l Lebihkan pengambilan ikan — protein ikan, terutama ikan laut dalam
yang mengandungi asid lemak omega 3, boleh membantu mengekalkan
kemampuan minda, mengurangkan risiko dementia dan kehilangan ingatan
l Makan kekacang dan sedikit coklat — Ia kaya dengan vitamin E
(antioksidan), tetapi jangan ambil berlebihan kerana ia mengandungi
banyak lemak
l Lebihkan sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan
l Galakkan anak makan telur — kuning telur kaya dengan kolin yang
membantu daya ingatan.
l Susu dan yogurt — produk tenusu kaya dengan protein dan vitamin B
yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmiter
dan enzim
l Tidur malam secukupnya (enam hingga lapan jam)
l Kerap bersenam
l Kurangkan makanan ringan
l Berhenti merokok — Kajian ke atas kakitangan kerajaan di Britain
menunjukkan perokok mempunyai prestasi kerja yang kurang cemerlang
berbanding individu tidak merokok.
l Meditasi untuk merehatkan badan dan menenangkan fikiran — bagi umat
Islam, sembahyang dan lain-lain ibadat adalah cara terbaik untuk
mententeramkan jiwa.